PERPULUHAN

PEMBINAAN RESOS

  • Bagi tugasan ini, kami telah memilih untuk membina papan perpuluhan sebagai           bahan bantu belajar bagi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kami. RPH kami           adalah mengenai operasi penolakan dalam perpuluha.
  • Papan perpuluhan ini yang bersifat maujud atau konkrit bersesuaian dengan               tahap kognitif murid sekolah rendah tahun 5. Hal ini bertepatan dengan teori                 perkembangan kognitif Jean Piaget yang mengatakan kanak – kanak yang                   berusia antara 7 hingga 12 tahun adalah peringkat operasi konkrit.
  • Papan perpuluhan ini berfungsi sebagai medium bagi menunjukkan cara bagaimana operasi penolakan dalam perpuluhan dilakukan. Guru perlu menerangkan satu persatu langkah penolakan tersebut. Penolakan perlu dilakukan dari kanan ke kiri. Sebagai contoh:

contoh penggunaan papan perpuluhan

  • Penolakan akan dimulakan dari hujung sebelah kanan iaitu ‘9’ mewakili rumah             perseribu. Seterusnya nombor ‘8’ mewakili rumah perseratus sehinggalah ke              nombor ‘8’ mewakili rumah puluh. Guru perlu menegaskan bahawa kedudukan             titik   perpuluhan adalah selari dan ia diletakkan selepas membuat membuat                 operasi penolakan. Penolakan dalam perpuluhan sebenarnya seolah – olah               operasi penolakan nombor bulat seperti biasa, cuma yang membezakannya ialah          titik perpuluhan.

Cara penggunaan papan perpuluhan ini ialah murid akan datang ke hadapan bilik darjah dan memecahkan belon. Belon tersebut mengandungi soalan penolakan perpuluhan. Setelah mengambil soalan tersebut, murid mencari kad nombor di tempat yang di sediakan dan menampal kad tersebut pada papan perpuluhan menggunakan tanah liat yang diberikan oleh guru.Setelah menyusun kesemua nombor mengikut soalan yang dinyatakan, murid membuat penolakan nombor perpuluhan tersebut seperti biasa. Di sini guru bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing murid menggunakan papan perpuluhan tersebut.




No comments:

Post a Comment