PERATUS

PERATUS



Tujuan : 
Membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan yang penyebutnya 2, 4, 5, dan 10 kepada peratus.

Kumpulan Sasaran :
Murid Tahap 2 (Tahun 6)

Bahan-bahan diperlukan :

I.              Bod lekap (100 cm x 100 cm)
II.            Plastik pembalut buku

Cara Pembinaan Bahan :
1.    Sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 dengan menggunakan bod  
lekap. Ukuran setiap petak kecil (grid) ialah 5 cm x 5 cm.


               
           Pasangkan tali pada petak seratus supaya mudah digantung pada dinding.

Catatan :

Untuk kegunaan murid, sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 yang dibuat pada kertas biasa. Saiz grid yang dicadangkan ialah 1 cm x 1cm

Penggunaan Bahan :
Petak seratus boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan kepada peratus.




  v  Jelas sekali jika kita lihat daripada penggunaan bahan-bahan resos seperti yang ditunjukkan di atas, setiap bahan-bahan resos mempunyai keunikan dan cara penggunaannya yang tersendiri.
  v  Antara perkara yang guru perlu peka di dalam penggunaan bahan bantu mengajar adalah guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan dan guru harus arif dan berpengetahuan untuk mengendalikan alat bantu mengajar tersebut agar pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia.
  v  Alat-alat bantu mengajar tersebut juga harus sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.
  v  Berdasarkan penyataan-penyataan dan contoh-contoh penggunaan bahan resos di dalam pengajaran di atas jelas sekali menunjukkan bahawa penggunaan resos memainkan peranan yang penting di dalam mencapai kejayaan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
  v  Justeru itu pihak pentadbir terutamanya di sekolah harus memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan pelbagai kaedah yang memusatkan murid serta membantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah seperti mengadakan bilik khas untuk Matematik dan sebagainya.
  v  Manakala para guru pula perlu mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.
  v  Selain itu, guru juga harus memupuk sikap ingin memcuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Sesungguhnya bahan-bahan resos ini bukan sahaja berguna kepada kita sebagai seorang guru tetapi impaknya juga besar kepada para pelajar.Sehubungan dengan itu saya kira perbincangan mengenai isu sajauh manakah penggunaan resos ini dapat mengukuh dan menghasilkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan sudah terjawab dan kini menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mempertingkatkan kemahiran diri terutamanya di dalam penggunaan bahan-bahan resos ini agar dapat terus meningkatkan kualiti pengajaran seterusnya mencapai matlamat misi kementerian pendidikan Malaysia iaitu untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia (world class) bagi memperkembangkan potensi individu secara sepenuhnya dan seterusnya memenuhi aspirasi negara kita yang tercinta.





No comments:

Post a Comment