NOMBOR


 NOMBOR


  • *  Murid sering keliru apabila diminta untuk memberikan jawapan dalam nilai    tempat (place value) atau nilai digit.
  • *      Nilai tempat merujuk kepada jawapan dalam bentuk perkataan manakala nilai digit  merujuk kepada jawapan dalam bentuk nombor.



    *
  •       Nombor bulat adalah terdiri daripada nombor-nombor seperti “0, 1, 2, 3, 4,5, 6 ,7 ,8 ,9, …”.
  •   Asas bagi nombor bulat adalah nombor asli. Nombor-nombor asli adalah seperti berikut: “1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,…”.
  • Nombor bulat menjadi lebih mudah difahami sekiranya digambarkan dalam bentuk garisan nombor.
  • Verschaffel and De Corte (1996) mengelaskan penggunaan nombor bulat kepada lima kategori,iaitu untuk:

  • *      Menentukan kuantiti (aspek kardinal (cardinal)
  • *      Mengenal pasti (aspek ordinal) 
  • *      Mengukur (aspek pengukuran) 
  • *      Reckon (aspek , reckoning) 
  • *      Menamakan (aspek non-numerical)


  • *      Nombor bulat atau integer. Nombor bulat bukanlah nombor yang di tulis dalam bulatan…. 
                


                                                    RESOS NOMBOR      
      



  •  Resos ini telah dinamakan “Turutan Kereta api” memandangkan kami         menggunakan model kereta api sebagai landasan kepada susunan nombor-nombor yang diberikan. 
  •   Konsep awal yang menjadi tunjang kepada binaan model ini adalah garisan nombor.     Dalam proses membina garisan nombor, kami menggunakan pendekatan yang mana menjadikan garisan nombor itu lebih menarik jika dibandingkan dengan garisan nombor yang biasa dilihat oleh murid.
  •  Oleh hal yang demikian, kami menambahkan daya tarikan pada garis nombor tersebut dengan menjadikan gerabak kereta api sebagai tempat dan ruang bagi nombor-nombor yang terdapat dalam garis nombor. 
  •  Selain daripada daya penarik, ia juga bertujuan memudahkan kefahaman konsep turutan menaik dan menurun.
  • Seperti kebiasaan, murid sudah sedia maklum mengenai pergerakan kereta api sama ada bergerak ke hadapan ataupun mengundur ke belakang.
  • Oleh itu, samalah juga apabila ia diaplikasikan ke dalam konsep turutan nombor menaik dan menurun iaitu menaik bersamaan juga dengan pergerakan kereta api ke hadapan dan menurun sama juga dengan pergerakan kereta api mengundur ke belakang. 
  •  Apabila murid mulai faham dan jelas mengenai perbezaan konsep menurun dan menaik ini, barulah guru dapat menggunakan garis nombor ini mengikut keselesaan masing-masing.
  • Seterusnya, pembinaan kad-kad nombor adalah seperti biasa di mana kad nombor yang disediakan haruslah mempunyai set-set yang tersendiri.
  • Set-set nombor tersebut haruslah mengikut susunan ataupun mengikut skala yang sama.
  • Kegunaan resos ini adalah untuk mengajar murid berkaitan topik turutan menaik dan menurun dalam susunan nombor untuk pelbagai angka digit.
  • Resos ini boleh digunakan oleh kedua-dua pihak sama ada guru untuk melakukan demonstrasi ataupun murid iaitu mereka boleh menggunakannya tanpa kawalan guru.
  • Contohnya, apabila murid sudah menguasai susunan nombor ini, mereka boleh bermain teka-teki di dalam kelas secar beramai-ramai.
  • Selain itu juga, resos ini boleh digunakan untuk mengajar kemahiran menambah atau menolak secara berkala atau secara konsisten.
  • Resos ini tidak memerlukan modal yang besar untuk menghasilkannya kerana ia hanya menggunakan beberapa kertas warna dan juga sekeping mounting board sahaja.


  • Secara umum, pengajaran dan pembelajaran matematik amat bergantung kepada bahan manipulatif untuk melakukan proses pengiraan secara berkesan.
  • Salah satu jenis bahan manipulatif yang sangat berguna untuk melakukan pengiraan ialah bahan asas 10.
  •  Contoh bahan asas 10 yang biasa digunakan ialah Blok Dienes. Selain daripada itu,rod Cuisenaire, Cipberwarna, Ikatan Straw dan Abakus juga merupakan bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pengiraan asas matematik,

        Di samping itu juga, resos ini mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan beban yang berat memandangkan ia hanya diperbuat daripada kertas.

                                                                      

                            Penggunaan abakus untuk mengajar nombor.
































  • Penggunaan abakus dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehanmenyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid.
  • Murid juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus. Penggunaan abakus boleh diaplikasikan dalam keempat-empat operasi matematik iaitu, penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi.
  • Ianya amat mudah untuk digunakan dan sangat efisien bagi menyelesaikan masalah dalam matematik.
  • Murid-murid hanya perlu menggunakan jari telunjuk, jari tengah dan ibu jari untuk menaik dan menurunkan manik-manik tersebut.
  • Contohnya, penambahan nombor dua digit dengan nombor dua digit tanpa kumpul semula.

No comments:

Post a Comment